Assalamualaikum....
"Bila Allah s.wt cepat makbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu,
Bila Allah lambat makbulkan doamu,
Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Allah tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH S.W.T"
Bait - bait perkataan ini khas untukku. untuk melatih diriku sebar terhadap apa jua keadaan. Tanggal 15 Oktober ini (iaitu hari sabtu) genap lima bulan usia perkahwinan kami. Sepanjang perkahwinan kami yang masih baru dan mengenali antara satu sama lain, aku dengar pelbagai persoalan terjah dalam mindaku.
"Dah ada isi ke (means pregnant) ?"
"Period dah delayed?"
"Makin berisi aku tengok engkau ni, madi."
"Madi merancang ke nak ada baby?, tak xde tanda- tanda ke?"
"Along dah ada nak makan masam - masam tak?"
Ini adalah sebahagian pertanyaan yang dari rakan sekerja ku, saudara ku.
Hati siapa yang tak terasa pabila diajukan pertanyaan ini. Pada mulanya aku anggap biasa sahaja, tetapi lama- lama bermain dalam mindaku.
Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab bagi segala pertanyaan dan persoalan yang hari - hari boleh membuatkan diriku terasa tercabar. Di tempatku seorang demi seorang preggy tetapi aku masih belum ada rezeki lagi. Zuriat @ anak adalah anugerah Allah s.w.t. Anak itu pinjaman Allah kepada kita. Bukan kita yang menjadikan anak - anak kita. Memang benar bayi yang dilahirkan itu adalah dari percantuman benih suami dan isteri tetapi siapa yang meniupkan roh dalam jasad yang pada asalnya merupakan sebuku darah ? Bukankah itu atas kehendak Allah s.w.t.. ?
Aku nak sahaja berhujah kepada orang - orang yang bertanya tu. Tapi apakan dayaku,nanti dikatakan memandai pula. Lagipun aku tidak mahu ada persilisihan faham suatu hari nanti.Allah Maha Mengetahui, tahu apa yang untuk umat - umat nya...
Aku tahu ini adalah dugaan buat kami sebagai suami dan isteri. Tambahan pula suamiku masih belajar semester akhir pengajiannya.Suamiku akan tamat pengajian InsyaAllah pada awal tahun hadapan.Dan aku pula ada hyperthyroid yang suatu tika dahulu aku tidak menyedarinya. Sekarang ini aku tengah on ubat yang mengganggu metabolisme aku.. Aku sedang berlawan dengan penyaki ini. Usah risau penyakit ini ada ubatnya.Aku tidak merancang, aku sudah bersedia dari fizikal dan mental untuk menjadi seorang ibu.
Aku tetap sabar atas dugaan mu Ya- Allah. Berikan lah kami kekuatan untuk hadapi dugaan dan cabaran ini. Sembuhkan lah penyakitku ini YaAllah. Pemudahkanlah suamiku mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajiannya awal tahun hadapan.Amin Ya- Rabb...
Wasalam..