August 10, 2011

stuck dalam lrt...

salam....
ini cerita lama. tapi aku nak cerita jugak...(kira aci la kan eh )
okeh dua hari yang lepas aku terperangkap dalam lrt.. lrt tu berbentuk kumbang yang gerabak nya panjang...hihihi...
aku pergi dan balik dari kerja menggunakan si kumbang yang pelbagai corak dan warna...
dan pada dua hari yang lepas interchange station di masjid jamek penuh, ramai orang.. pelik aku... selalu nya xda la macam gini....dan pada masa tersebut 4 gerabak sampai...lau dua gerabak YaAllah... padat macam ikan sardin kena penyek... huh...
dan kumbang pun berjalan lah dia... sesampai kat dato keramat (ini kira perhentian nak ambil orang) punya la dia berhenti lama kau... aku dalam tu macam nak pitam dah... (actually aku x leh berpuasa, jadi makan kat opis pon biskot je) dengan pening2 nya, rasa nak muntah pun ada...
orang dalam lrt tu dah mengeluh memasing... dan ada la penggumuman kata ada kerosakan kt stesen
Sri Rampai (kira nak sampai rumah aku la tu )...
adoi... pening + nak muntah + penat...korg bayang kan macam mana...
dah lama kat Dato' keramat tu baru la jalan...jalan punya jalan samapi kat Setiawangsa disuruh nya kita keluar.. dah tren yang aku nek tu rosak pulak dah...
geram der...
ada yang ambil gambar sebagai bukti tempat tren rosak... mungkin nak report... hahha...
balik2 tren tu jugak aku dengan diaorg naik balik...
dan perjalanan diteruskan...
dan yang penting tren tu dah tak rosak dah...
sampai la kat kawasan rumah aku kol 6.30 ptg.. tak sempat aku nak masak...
akhirnya beli lauk je... mujur suami dah masak kan nasi....
aku pula beli air....
samapai rumah minum air sampai kembong...
sekian... :)


August 1, 2011

bulan puasa :)

hari ini merupakan hari kedua kita berpuasa. dan alhamdulilah aku dan suami dapat bersahur dan berbuka sama - sama. cuma semalam aku semacam lembik sedikit dan pening2 macam nak muntah. (kira angin dah masuk dalam badan la tu ).
tetapi sehingga ke saat ini aku masih segar dan bertahan.. Alhamdulilah :)
okeh, berbalik cecita buka puasa semalam aku sahur dan berbuka dengan nasi. buka ape b4 this (kira time bujang) mula - mula je aku makan nasi putih dengan lauk pas dua ke tiga hari puasa aku makan biskut ke roti masa sahur... tak lalu.. berbuka pun cengitu jugak.. tapi sekarang dengan nasi putih dan lauk :)
(tkot der badan naik mendadak)
hmmmm...
semalam buka dah masak sambal sardin dengan goreng sayur campur..  sahur dah buat nasi goreng..
hari ni nak berbuka masak pe ey ? tomyam bihun boleh ?
dah tak lau la pula makan nasi... :(