October 18, 2011

Hari yang tanpa berkata - kata :)

Weekend special.. Nasi Ayam..  :)

































Macaroni baked chesse.. b4 baked


After baked, amacam?


:) Wordless... Sekian...

October 12, 2011

Kisah Dukaku..

Assalamualaikum....

"Bila Allah s.wt cepat makbulkan doamu,
Maka Dia menyayangimu,
Bila Allah lambat makbulkan doamu,
Maka Dia ingin mengujimu,
Bila Allah tidak makbulkan doamu,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu,
Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH S.W.T"

Bait - bait perkataan ini khas untukku. untuk melatih diriku sebar terhadap apa jua keadaan. Tanggal 15 Oktober ini (iaitu hari sabtu) genap lima bulan usia perkahwinan kami. Sepanjang perkahwinan kami yang masih baru dan mengenali antara satu sama lain, aku dengar pelbagai persoalan terjah dalam mindaku.

"Dah ada isi ke (means pregnant) ?"
"Period dah delayed?"
"Makin berisi aku tengok engkau ni, madi."
"Madi merancang ke nak ada baby?, tak xde tanda- tanda ke?"
"Along dah ada nak makan masam - masam tak?"

Ini adalah sebahagian pertanyaan yang dari rakan sekerja ku, saudara ku.
Hati siapa yang tak terasa pabila diajukan pertanyaan ini. Pada mulanya aku anggap biasa sahaja, tetapi lama- lama bermain dalam mindaku.

Aku tidak tahu apa yang harus aku jawab bagi segala pertanyaan dan persoalan yang hari - hari boleh membuatkan diriku terasa tercabar. Di tempatku seorang demi seorang preggy tetapi aku masih belum ada rezeki lagi. Zuriat @ anak adalah anugerah Allah s.w.t. Anak itu pinjaman Allah kepada kita. Bukan kita yang  menjadikan anak - anak kita. Memang benar bayi yang dilahirkan itu adalah dari percantuman benih suami dan isteri tetapi siapa yang meniupkan roh dalam jasad yang pada asalnya merupakan sebuku darah ? Bukankah itu atas kehendak Allah s.w.t.. ?

Aku nak sahaja berhujah kepada orang - orang yang bertanya tu. Tapi apakan dayaku,nanti dikatakan memandai pula. Lagipun aku tidak mahu ada persilisihan faham suatu hari nanti.Allah Maha Mengetahui, tahu apa yang untuk umat - umat nya...

Aku tahu ini adalah dugaan buat kami sebagai suami dan isteri. Tambahan pula suamiku masih belajar semester akhir pengajiannya.Suamiku akan tamat pengajian InsyaAllah pada awal tahun hadapan.Dan aku pula ada hyperthyroid yang suatu tika dahulu aku tidak menyedarinya. Sekarang ini aku tengah on ubat yang mengganggu metabolisme aku.. Aku sedang berlawan dengan penyaki ini. Usah risau penyakit ini ada ubatnya.Aku tidak merancang, aku sudah bersedia dari fizikal dan mental untuk menjadi seorang ibu.

Aku tetap sabar atas dugaan mu Ya- Allah. Berikan lah kami kekuatan untuk hadapi dugaan dan cabaran ini. Sembuhkan lah penyakitku ini YaAllah. Pemudahkanlah suamiku mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajiannya awal tahun hadapan.Amin Ya- Rabb...

Wasalam..





October 10, 2011

E-Day (Part 1)

Assalamualaikum....

Tanggal 8 Oktober yang lalu yakni hari sabtu majlis pertunangan abang kepada encik asben aku (abang ipar) dengan orang yang dicintai.Alhamdulilah setelah lama menyulam cinta, bersimpul kasih selama 8 tahun (lagi lama dari aku yang hanya 3 tahun sahaja) akhirnya mengikat tali pertunangan... :)

Aku tumpang gembira sebab tarikh itu juga lah birthday bapa mentua aku. (benda ini memang dan telah dirancang oleh kami) dibuat kan majlis pertunangan tersebut....
Majlis ringkas dan berjalan dengan lancar sekali.

p/s i) Gambar encik asben ada amik tapi lum edit lagi gambarnya. Lau amik xde corp cofirm besor kuar kat cini.
     ii) Kebanyakan tegur aku dah berisi.( Gemuks la tu). Timbang nah amik ko ! 63 kg.... Aish kena diet balik  
         nih...tak boley jadi...

October 9, 2011

oH! Sangat Tak Suka.

Assalamualaikum...

Entri kali ini berkisar sangat tak suka terhadap sesuatu perkara atau benda. Nak tahu apa dia :

i)Tak suka pergi kerja lambat - lambat
 - Aku selalu keluar rumah sebelum kol 7 pagi. Sebab aku nampak hari dah semakin cerah je lelaju aku nak keluar rumah.. Bukan apa, be prepared.. Nak panaskan enjin kereta, nak parking kereta
(ni semasa encik suami ada kelas, tidodi rumah member dia), nak tunggu tren si kumbang tu datang. Jadi ambil masa semua itu.Jalan pun relax nak pergi kerja. Tak der nak tension, badan penat nanti sebab dah lambat.Pagi tadi encik suami anta aku lmbt ke lrt..(tue dah rasa lambat). Punch kad pon dah 7.50 am. Aish.. memang tak suka.


ii) Tak suka tengok rumah bersepah.
- Barang tidak bersusun, rasa berpasir masuk rumah. Aku akan menggunakan kuasa vacum ijau ajaib untuk menyedut segala sampah, habuk yang ada. Walaupun aku baru sampai rumah atau g memana. Nampak je kotor terus pegang penyapu (ni kat dapor eh) sapu sampai xd nampak sampah. baru lah dikatakan
"Rumahku Syurgaku". Nabi s.a.w kita pun amat suka akan kebersihan. Jadi kenapa kita sebagai umat tidak suka akan kebersihan?

iii) Tak suka nampak ulat dan cacing.
- Ini memang aku tidak suka. menyebabkan aku kegelian tahap tinggi sehingga aku panggil suami aku.. Memang tidak berbahaya tapi aku geli. Encik suami selalu usik aku lepas dia buang si cacing dengan letak garam kasar. Selalu jadi kat bilik air. Kawasan bilik air kan lembap jadi dia suka duduk disitu. (Aih, nak rumah baru la macam ni). Ulat muncul masa nak buang sampah.Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku, samaph penuh je tak samapi sehari pun aku akan buang. Tak sanggup nak tengok ulat - ulat yang berwarna putih tu.. Geli sudah....

October 4, 2011

Mushroom Soup vs Chicken Soup :)

Assalamualaikum....
Semalam encik suami ada dalam perjalanan hendak balik ke rumah. Sementelah masakan pada tengah hari semalam yang tidak berapa sedap itu, jadi aku mengoogle mencari masakan barat untuk menu makan malam.
Makan malam kena light (ringan je) sebab untuk diet. Boleh ke?
Petang semalam di tempat kerja sebelum balik sempat guna kan cik puan google nih mencari resepi. Ada pon...
Mushroom soup..

Mushroom Soup :)

Tengok bahan - bahan dia ,  membuat aku terliur dan keinginan yang terus datang mebuak - buak.., apa lagi balik singgah kedai mencari barang - barang keperluan untuk membuat nya...
Sesampai dirumah, sambil tengok resepi sambil buat... Lupa pula cendawan butang dia...

At last....

Ada ayam dalam peti ais.. aku buat kan chicken soup....

Ni cari kat google gambar ni, soup yang aku buat kelaut ah gambar dia tapi sodap :)

Aku wat adunan dan sukatan menggunakan mushroom soup tadi. Alhamdulilah menjadi juga. Walaupun kali pertama mencuba. Encik suami pun telah sampai di rumah, rehat - rehat sambil aku goreng kepok lekor abang dia bagi dari Terengganu (buat dua kerja dalam satu masa), sampailah tiba untuk merasa soup itu tadi...
Tau apa kata suami.

"Sedap sayang, tapi kalau letak cendawan butang tu lagi sedap"

Alhamdulilah seronok dengar.

Oh ya tempat aku ambil resipi ini di  http://www.myresipi.com . Laman web ini aku dapati boleh dipercayai dan kebanyakan komen aku tengok di sidebar tu rata - rata nya memberi komen yang positif dan resipi tu menjadi.Bahan - bahan dia pun tak ada yang melalut seperti aku tengok kat laman web resipi yang lain...

Selamat mencuba...