April 18, 2011

dia yang ku kenal dia jua yang akan jadi suamiku...

salam..

hari ini aku nak story mory tentang bakal suami ku yang ku kenali selama tiga tahun since dari diploma sampai aku dengan dia habis diploma then aku dah keja nak dekat 2 tahun dan si dia pula pon dah nak abes belajar sudah...

okeh, straight to the point...


sekitar tahun penghujung 2007..
 
aku dengan dia dengan pandangan pertama ( eh, bkn2) masa tu aku dengan dia kenal semasa perlantikan jawatankuasa pelajar non-  resident atau dikenali sebagai JPNR...
aku masa tu jadi setiausaha (isk pelik jugak coz aku dipilih jadi SU) tanggungjawab berat tu... dan adala yg jadi naib pengerusi dan seterusnya... 
tetiba je dia asyik pandang aku...(pelik kan..)
coz aku ni kalau orang tak kenal aku orang ingat aku sombong, belagak, susah nak senyum...
tetapi lau orang yang dah kenal aku mesti gelak guling punya... coz t'kejut len betul bila mana antara betul ke aku ni... leh pula gelak... (hehehe)
sambung balik...
duk pandang2..entah macam mane leh dia dpt no aku terus mesej no aku...
pelik kan tanya nama sapa,org mana, ..pastu leh ucap wish kat aku good luck...
aku masa tu cm tak percaya....
then pas beberapa hari kendian si dia nak couple dgn aku... t'kejut dowl... aisy mane penah lelaki yang nak aku...coz masa tu kira agak tembam cam ikan anak dugong.... (eh, tade pun, cuma b'isi saja)
tapi aku rasa kan yang kami ini tak bape sesuai nak couple.. yela masing2 tgh belajar... aku pun clash dgn dia sbb aku x b'sedia lagi... betapa sedih nya si dia hati nya telah disiat oleh aku...

sekitar pertengahan 2008

aku dengan dia masih kawan walaupun aku telah luka kan hati dia... aku panggil diri aku aku sedangkan dia panggil aku dy sempena nama aku... dia tetap berlembut walaupun aku layan dia agak kasar.... sehingga lah dia meluah kan perasaan dia yang ingin kan aku sebagai teman hidupnya.... aku pastu b'fikir terus b'fikir.... betul ke kan nak couple dgn dia...... 
pada tanggal 4/4/2008 kami dengan rasmi nya diiktiraf sebagai pasangan couple dan sempena hari jadi lahir roomate aku...dan sampai sekarang aku ingat hari jadi kawan aku tu...

sehingga hari dan ketika ini/...

aku dengan dia masih setia walaupun ombak dan badai melanda. dan kami akan mendiri kan rumah tangga tak lama lagi.... walaupun aku ni sering marah2 dia tetap cool.... sehingga muka aku tarik kemasaman boleh ketawa dengan lawak dia. itu lah dia  Mohd.Fakhri yang aku sayang... sanggup dan berani kan diri jumpa keluarga aku kerana ingin kan aku sebagai teman hidup nya....
aku harap dapat jadi isteri yang soleh, jadi peneman dia senang dan susah,..
Amin...
(sesiapa yang nak muntah sila kan) :p



No comments:

Post a Comment