September 23, 2011

kursus bukan kurus...

Assalamualaikum....
pada tiga hari yang lepas aku secara paksa rela mengikuti kursus iaitu Kursus Perolehan yang diadakan di tempat kerja aku.. (ehem). 
kenapa buat di tempat kerja ?
sebelum ini dah nak buat di hotel, at last tak jadi pula...
at the end buat juga lah dekat dewan besar tempat kerja aku...
selama tiga hari dimana aku tak perlu punch kad, boleh pakai baju biasa dan boleh balik awal (part balik awal memang aku suka)
aku belajar tentang perolehan hendak beli barang - barang. aku ni tukang bancuh ubat, jadi kena tahu selok - belok nak beli barang ubat - ubatan melalui petty cash ke, direct purchase ke, sebot harga ke, tender..
banyak akta - akta, peraturan - peraturan yang baru aku tahu... Alhamdulilah... penceramah kebanyakan berpengalaman dan berpengetahuan dapat memberi informasi dan maklumat untuk aku dan juga rakan - rakan sejawatan yang lain...
last day (iaitu pagi tadi) ada pop kuiz. itu actually nak bagi aku ni paham ke tidak apa yang dipelajari sepanjang tiga hari duduk santai - santai , makan - makan sambil merehat kan diri dari tekanan kerja..(ehem)
tamat sahaja kursus aku diberi kan sijil menandakan tamat nya kursus dan telah hadir dengan jaya nya....
Alhamdulilah... semoga ada kursus ini lagi tahun hadapan....

No comments:

Post a Comment