September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

assalamualaikum...
lama sudah aku tak hapdated blog ini..sorry eh. kerana sibuk berpuasa, nak prepare raya lagi tambah - tambah raya pertama aku sebagai suami dan isteri..
okeh,
raya tahun ini aku dengan encik asben beraya di kedah, kampung tok dan tok wan sebelah mentua aku. oleh sebab mentua berasal dari kampung yang sama, satu negeri DAN jarak nya lebih kurang 2 km gitu berpusing - pusing aku dalam kampung mentua kunjung - mengunjung ruamh sedara - mara mentua aku yang terletak di Kodiang , Kedah.. :)
aku suka balik kampung sebab suasana begitu aman damai, sawah terbentang.... memang mendamai kan jiwa memandang... (ehem)... penat tak terhingga dari lepas solat sunat hari raya tu sampai ke tengah malam pon aku dgn asben beraya lagi... (nah, sampai merah mata aku tahan mengantuk) .. sebelum ini aku tak pernah beraya sampai tengah malam... ngeeee....
raya kedua pula aku beraya rumah tok aku yang terletak di Kepala Batas, Kedah... (ha yang ini tak berapa penat sebab rumah saudara dekat - dekat, jalan kaki pon boleh)... umah tok aku ini pon banyak sawah yang menyebabkan aku tak nak la balik k.l untuk keja... (hehehehe)
esok nya aku dengan encik asben pulang ke Penang rumah mentua aku.. sesampai je tetamu mak aih bertali arus... sampai kul 1 pagi... aku pandang muka asben aku, asben aku leh gelak je... yelah aku menantu sulung buat kerja kaw2 punya la.... tapi xpe... mentua aku bagi kerjasama... sangat baik dan faham keadaan aku yang kali pertama beraya di rumah nya... sampai mentua aku kata "tahun depan ngah tak nak balik sini, banyak kena buat kerja " hehehe aku tak ada la sekejam begitu....
hari demi hari dan akhir nya aku kena juga balik k.l sebab esok aku dah mula keja (hari ini  baru start , mood malas ) terasa sekejap je masa berlalu, aih nak sambung cuti lagi ni...
tapi xpe, ada masa aku akan pulang untuk bercuti lagi...
p/s :- gambar raya tak sempat nak ambil sebab tetamu ramai yang datang , sibuk buatr kerja dan memasing terlupa.. aih..
ada lagi cerita kan menyusul selepas ini...

No comments:

Post a Comment