Assalamualaikum....
entry kali ini masih kisah raya juga tau.
lagi dua hari lagi aku nak pulang ke ibu kota, mentua aku dengan encik husband bawa aku jenjalan di Wang Kelian dan Padang Besar.
untuk pengetahuan korang aku asal je orang utara, tak pernah menjejak kan diri kedua - dua tempat ini. :(
sedih tak ?
okeh. okeh.
malam tu aku, husband, adik ipar, mentua tompang tidur di rumah bapa saudara husbang aku yang terletak di Dato' Kayaman , Perlis (dah macam istana kayangan aku dengar ).kebetulan adik ipar aku sekolah disana dan akan memulakan persekolahan dia pada hari ahad jadi secara tidak langsung hantar dia sekali dan kitaorg pon jenjalan la pula...
Pagi. pagi.
aku dah keluar nak pergi Wang Kelian tu. sebab nya ambil masa kira sejam juga nak sampai. jalan dia tok usah cerita la... dah macam jalan genting aku lalui, berbukit - bukau... pening2 juga la aku....(kawasan yang aku pergi ni tempat shooting Jangan Pandang Belakang Congkak) confirm korg tau....
sesampai disana dah sempadan Malaysia - Thailand... kena bagi scan i.c seorang je... kalau tak dikira bukan warga M'sia la...hehehehe....
masuk je sempadan Thailand ambik ko dengar cakap loghat diaorang... Dari turun bukit tu ( tempat imigresen tadi) sampai kaki bukit kiri kanan kedai yang menjual macam - macam.. antara nya toto, periuk adik - beradik, baju2, seluar, makanan pun ada...
aku tak pusing habis pon...
sebabnya... PENAT SUDAH...
bukan ape balik macam kena daki bukit tu, hah mengah dibuat nya... ini kira senaman buang lemak selepas makan bebanyak masa raya kan2...
sampai sempadan tu dah kol 10 pagi lebih....
rehat sebentar dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke Padang Besar....
disini pon ada juga jual makanan, toto, periuk, baju pon ada.. TAPI kena pandai tawar - menawar...
(kalau tuan punya kedai tu tak nak bagi harga yang kita nak, dah g cari kedai lain)....
kata ibu mertua ku...
mentua beli beras pulut susu dengan pulut hitam sebab nak buat ketupat daun palas.. aku suka yang ada perisa dari yang kosong...
nak tau rupa dia macam mana... jap eh
![]() |
| ini lah dia ketupat daun palas :) |
ada di Kedai Big ang Tall... kedai ni confirm ada saiz besar - besar belaka...
hmmm aku kena nasihat agar cik abang aku ni jangan bertambah saiz sudah, haish aku pon sama...
memasing kena diet...
okeh.
dah siap membeli aku pun balik rumah pak lang husband tadi...
sampai dalam kol dua petang, lapar dan makan...
lepas makan... bebaring pon terlelap seketika sebelum hantar adik ipar masuk sekolah dia...
itu lah raya berjalan di sempadan orang....
best walaupun penat.
bye...

No comments:
Post a Comment